Short Vacation Arab Saudi.
Taklah di Pantai Puteri Melaka jer. Melaka ni kalau tetiba jer rasa nak bawak jalan anak-anak ada sahaja
tempatnya.
Tapi jangan pergi tempat tumpuan ramai, percutian jadi berjam dalam kete jadinya nanti.
Asalnya encik suami ajak tengok sahaja dan tidak bagi bagi anak-anak naik unta. Hampir setengah jam
juga duduk di kerusi menjadi penonton. Anak-anak audah merengek nak naik Unta Pantai Puteri.
Kebetulan masa suami bawak hero no 3 pergi tandas berdekatan, mama pun cakap pada hero nombor
1 dan 2,
"Nak naik doalah dengan Allah, cakap Ya Allah Ya Fattah bukalah hati abah bagi abang naik unta, sebut Ya Fattah banyak kali"
Lepas tu anak pun DOA dan sebut Ya Allah Ya Fattah beberapa kali dan mama mintak pergi tiup kat muka abah. Abah keluar tandas sahaja, abang Aqif terus zikir dan tiup kat muka abah.
Encik suami pun tanya, " Kenapa?"
Ceritalah pada suami keinginan anak-anak. Rupa-rupanya sebelum keluar tandas tadi encik suami sudah
terdetik nak bagi anak naik unta (masa anak mula zikir kot❤️)
Teruslah abahnya bawak semua naik unta comel ni. Siap pakej mak dia naik sekali😍
Mama pun cerita topik Sains kat anak. Bonggol tempat simpan makanan. Bulu mata panjang nak halang mata dari masuk pasir masa ribut pasir kat tanah Arab. Ekor dia cantik cam rambut orang😅
Patutnya mama cerita kisah Nabi Salleh yang Allah kurniakan seekor unta sebagai mukjizat. Bagaimana seekor unta keluar daripada batu. Kaum Thamud iaitu kaum nabi yang melanggar perjanjian yang ada diceritakan dalam Surah As-Syams.
Kaum Thamud berselang seli beberapa hari tempoh giliran meminum air Allah berikan. Tetapi kaum Thamud ini tamak, mereka rasa giliran mereka lambat untuk dapat minum air. Mereka nak minum hari-hari. Jadi mereka telah membunuh Unta itu dan menyebabkan kemurkaan Allah.
Moga kita ibu-ibu dikurniakan ilham untuk sentiasa bercerita kisah-kisah Al Quran ini bersama anak-anak. Amiin
Mencari Produk Shaklee?Facebook: Noorhayati Abdul RahimSMS/WhatsApp: 0173737174Instagram: noorhayati_abdul_rahim
No comments:
Post a Comment