Teks: Noorhayati Abdul Rahim
ESP adalah produk pertama dalam Shaklee yang saya cuba masa tahun 2012 asbab hamil anak
nombor 2. Masa anak pertama saya alami diabetes di hujung kehamilan. Jadi saya ambik ESP masa
hujung kehamilan anak kedua untuk kawal gula dalam darah. Protein kan bahan asas untuk hormon
dalam badan. Selain itu saya juga ambil asbab saya tidak suka minum susu. Saya perlukan alternatif
lain sebagai sumber kalsium.
Kenapa Shaklee memilih produk proteinnya daripada tumbuhan bukan daripada haiwan?
Sumber protein daripada haiwan seperti
👉daging
👉tenusu
👉ikan
👉telur
Sebab Protein bersumberkan haiwan berisiko tinggi mengandungi bahan kimia:
Lihat contoh gambar yang saya attach. Berbanding tahun 1957 dan 2005 saiz seekor ayam memang
sangat-sangat berbeza iaitu lebih gemuk dan berdaging.
Kenapa yer jadi camtu?
Sebab ayam ini:
👉Disuntik dengan hormon pertumbuhan supaya ayam ini membesar dengan lebih cepat walhal
ayam ini sebenarnya belum matang
👉 Disuntik bagi tambah daging supaya penjual memperolehi keuntungan berganda. Semakin berat
ayam semakin masyuk pendapatan merekakan.
👉Disuntik dengan antibiotik bagi mengelakkan ayam ini mudah terdedah kepada penyakit
👉Protein haiwan juga tinggi kandungan lemak dan Kolestrol yang meningkatkan risiko kepada
penyakit jantung, hati dan sebagainya.
Jadi ayam zaman sekarang mengalami pelbagai suntikan, dan kita pula hari-hari makan ayam yang
terkandung hormon-hormon suntikan ini.
Ok semua dah tahu kan kenapa Protein Haiwan bukan sebagai pilihan Shaklee?
Shaklee akan pilih semua sumber terbaik dan berkualiti. Pengganti kepada Protein Haiwan adalah
Protein Tumbuhan. Protein Tumbuhan itu mesti lengkap untuk keperluan badan kita
Shaklee memilih soya sebagai Protein tumbuhannya kerana ia mengandungi 9 jenis amino asid perlu
yang mana kualitinya sama dengan kualiti Protein Haiwan. Asid amino ini adalah bahan asas protein.
Macam kita nak bina rumah, bahan asasnya batu bata. Daripada asid amino, bentuk sel, organ dan
fungsi badan kita. Hormon dalam badan yang mengawal banyak fungsi badan, bahan asasnya adalah
asid amino.
Asid amino ni ada 2 jenis:
1.
Essential Amino Acid- yang badan kita tak mampu hasilkan sendiri dan perlu diambil daripada diet dan pemakanan kita
2.
Non essential Amino Acid- badan boleh hasilkan sendiri
Jadi sekarang Protein Soya mampu membekalkan kita dengan 9 asid amino perlu (essential) ini.
Sumber Protein yang kita makan ia akan dihadamkan, yang perlu diambil untuk bina sel baru, protein
baru dan maintenance tisu badan. Yang tidak perlu ditapis keluar.
Protein soya tidak mengandungi Kolestrol dan sudah tentu mengurangkan risiko kepada penyakit
jantung, hati dan sebagainya. Yang bestnya Protein Tumbuhan bersumberkan soya ini ada Isoflavone
yang tidak terdapat dalam Protein haiwan.
Isoflavones ini sejenis hormon yang membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah osteoporosis
dan sakit jantung.
Ok seterusnya kita pergi kepada KEBAIKAN PROTEIN SOYA.
Kalau kita belajar Sains masa zaman sekolah dulu, kita pasti tahu bagaimana kumpulan ASID
AMINO membentuk PROTEIN, kemudian SEL diikuti ORGAN dan akhirnya SISTEM.
Contoh sistem penghadaman, sistem pembiakan dan sistem perkumuhan.
Sebab itu Protein ini paling penting untuk kita kekal hidup sihat, cantik dan bertenaga. Proteinlah
asas bagi semua sistem badan kita. Kita perlu ambil 9 jenis asid amino daripada diet/ pemakanan
bagi memperolehi keperluan yang cukup untuk badan berfungsi dengan baik.
Pengambilan protein yang cukup membantu dalam pembinaan otot badan yang lebih 'fit' dan mantap.
Lelaki suka kalau dapat badan 6 pax manakala wanita terutamanya yang pernah melahirkan anak
memang mengidamkan perut yang tidak menggeleber dalam masa yang sama fungsi badan pada
tahap yang optimum in shaa Allah.
Kekurangan protein menyebabkan rambut jadi bercabang, rapuh dan kering. Sama jugak pada kuku
akan mudah patah dan rapuh. Ibu berpantang kerap alami keguguran rambut kerana perubahan
hormon dan sekali lagi bahan asas hormon adalah asid amino.
Dengan pengambilan protein soya rambut dan kuku menjadi lebih sihat, kukuh, tebal dan cantik.
Kulit kita memerlukan protein setiap hari untuk sel kulit diperbaharui dan sel-sel kulit mati
disingkirkan. Protein yang cukup ini membantu menjadikan kulit kita lebih cantik, sihat, gebu dan
halus mulus. Ini kerana sel-sel kulit yang mati tadi diganti dengan sel-sel kulit yang baru dan sihat in
shaa Allah.
Ia membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, kekal bertenaga , mencegah migrain ,
insomnia dan tekanan.
Ini yang saya bagitahu tadi, fungsi Isoflavone yang tiada dalam protein haiwan.
Selain itu,
❤️Isoflavone ini berfungsi bagi mengurangkan risiko kanser payudara dan prostat
❤️Melegakan gejala Menapouse seperti keletihan
Walaupun Isoflavon Ada sedikit fungsi menghasilkan Estrogen tetapi Estrogen ini tidak mampu
menjalankan fungsi sepertimana Estrogen bekerja dalam badan kita. Ia langsung tidak mengganggu
fungsi Estrogen yang ada. Estrogen yang terhasil ini sebenarnya membantu mengimbangi hormon
dalam badan dan membantu mengurangkan risiko kanser yang saya nyatakan tadi.
Manfaat Protein Soya ini juga pada kesihatan jantung dengan cara menurunkan paras LDL kolestrol
dalam badan kita. LDL ni kolestrol jahat, kita tak nak dia tinggal dalam badan kita.
Membantu menurun kadar LDL kolestrol or kolestrol sekaligus menyihatkan salur darah darah atau
arteri kita secara tidak langsung mengurangkan risiko pada penyakit jantung dan stroke.
Bagi ibu hamil dan selepas bersalin keperluan protein amatla penting untuk menyokong pertumbuhan
bayi yang sihat. Bayi dari embrio ke fetus -40 minggu memerlukan keperluan protein yang lengkap
untuk penghasilan organ,sel-sel dan tulang. Untuk ibu selepas bersalin juga memerlukan protein yang
lengkap bagi penghasilan susu ibu, antibodi dan nutrisi untuk perkembangan bayi yang sihat. Protein
membantu penyembuhan luka bersalin dengan cepat. Badan juga energetik walaupun berpantang.
Kalau ambil ESP susu ibu lebih pekat, bayi akan merasa kenyang dengan lebih lama.
Tetapi ESP bukan hanya untuk ibu hamil dan menyusu tetapi boleh diamalkan oleh warga emas,
lelaki, suami dan anak remaja
Suami saya amalkan asbab sakit pinggang pernah jatuh terhentak sebelum kahwin,
Alhamdulillah dengan izin Allah selepas amalkan ESP dan Ostematrix (kalsium) sakit pinggang
hilang.
Ibu saya sendiri amalkan untuk tenaga. Yalah wanita yang menghampiri atau telah alami menapouse
badan akan cepat letih.
Soya mengandungi Genistein yang berupaya mengekang pertumbuhan dan sel kanser daripada
merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam badan. Radikal bebas ni yang mengaktifkan sel
kanser.
Protein soya meningkatkan kualiti memori.
Ok itu sahaja 8 kebaikan apabila anda memilih Protein soya secara umum atau ESP Shaklee secara
khususnya.
Mencari Produk Shaklee?
Instagram: shakleemelaka_by_yatty