Alhamdulillah Ahad lepas berkesempatan menyertai Hari Keluarga saudara sebelah suami yang dibuat di Pantai Pengkalan Balak. Kesemua mereka tinggal di luar Melaka. Suami bekerja dan saya pergi bersama 4 anak-anak bujang saya. Kebetulan diberikan tanggungjawab untuk menguruskan sukan dewasa kami datang lebih awal pagi Ahad.
Masuk-masuk kereta perkara pertama saya buat ialah sapu Sun Blok kat kulit. Almaklumla aktiviti tepi pantai sudah pasti terbakar kulit. Pertama kali juga saya jupe sunblok SPF 50. Biasa jupe SPF 15-30 je. Punyelah bagus Produk Moisturizer Youth Shaklee tau melindungi kulit kita semampunya.
Penulisan in hanya ingin berkongsi aktiviti yang kami jalankan semasa Hari Keluarga Cucu Cicit Tok Samad ini. Kemuncak adalah Hari Ahad dan kebanyakan mereka "check in" Sabtu dan balik Isnin.
Pagi Ahad tu mereka mulakan dengan aktiviti Zumba dan bersarapan . Saya sampai selepas aktiviti Zumba. Kemudian diikuti dengan sukaneka kanak-kanak.
Aktiviti bawa pundi kacang atas kepala
Mencari gula-gula dalam tepung
Dan jugak duduk atas belon sehingga pecah. Boleh tahan berani jugak anak-anak kecil ni.
Selesai sukaneka kanak-kanak dan penyampaian hadiah, aktiviti disambung dengan sukaneka dewasa.
Dimulakan dengan acara Terompah gergasi.
Acara kukur kelapa. Ha ini memang rare dan memang syiok. Kalau ada masa lebih kita kasi can warga emas tunjuk skill buat kerisik. Tapi leceh sikit kene ada dapur dan barang-barang lain seperti lesung batu dan kuali.
Acara akhir baling belon pada pasangan. Belon yang dalamnya ada air. Setiap Kali balingan pasangan akan mengundur beberapa langkah ke belakang. Peserta yang paling jauh Dan mampu menyambut belon tanpa pecah dikira pemenang.
Kemudian tengahari mereka bergotong royong masak makan tengahari. Saya hanya duduk di Pantai memerhatikan anak-anak Mandi pantai Dan bermain pasir.
Lepas makan tengahari sempat layan anak-anak main basikal comel ini. Salah seorang saudara yang menjalankan perniagaan basikal membawanya.
Sebelah malamnya diadakan makan-makan BBQ. Memang menarik program 3 Hari ini dalam merapatkan silaturrahim sesama saudara. Moga akan datang akan diadakan lagi in shaa Allah.
Ingin dapatkan produk Shaklee?
0173737174
No comments:
Post a Comment