Saturday 21 January 2017

Teknik menulis

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Melalui buku "Melatih Kanak-kanak Menulis" tulisan Dr. Suraya Zaidon dan Siti Rasyiqah Munirah Rejab menampal merupakan teknik awal dalam persediaan menulis untuk Kanak-kanak 4-6 tahun.

Kebetulan tahun 2017 tahun pertama saya mengajar Subjek Bahasa Isyarat dan Komunikasi dengan murid pra sekolah yang saya rasa besar tanggungjawabnya. Tapi apabila murid dapat apa yang kita sampaikan Allahu rasa syukur sangat. Yalah kita orang yang pertama memperkenalkan huruf kepada mereka. Huruf- huruf ini akan membentuk perkataan seterusnya ayat yang akan menjadi perantara untuk mereka berkomunikasi.

Murid pra sekolah umur 5 tahun pasti seronok dengan aktiviti berbanding duduk memegang buku sepanjang masa. Teknik menampal sebagai asas permulaan menulis melatih otot-otot lengan dan jari bergerak yang dikawal melalui visual mereka iaitu mata.


Seorang lagi murid bermasalah pembelajaran yang sukar untuk fokus di dalam kelas. Awalnya saya meminta dia melakukan aktiviti mewarna bagi membiasakan menggunakan visual-motor halus serentak. Tetapi bukan sahaja tangan dia perlu saya pegang, matanya turut tidak melihat objek yang sedang diwarnakan. Ditambah lagi dia menguis kertas tersebut sehingga koyak.

Daripada itu saya dapat idea untuk membuat aktiviti mengoyak kertas. YA mengoyak kertas seperti 'simple' kan. Tapi yang mengejutkan saya dia buat dengan sangat baik. Matanya tertumpu pada jari-jarinya yang sedang mengoyakkan kertas tersebut. Dia menggunakan sepenuhnya visual-motor halusnya.

Malah boleh mengikut arahan daripada mengoyak cebisan besar kepada cebisan yang kecil. Kami teruskan aktiviti dengan menampal. Bagi saya dia seorang murid yang bijak, dia pandai mencari ruang kosong untuk menampal kertas yg dikoyak sebelumnya.

Dan akhirnya kelas selama satu jam berlangsung dengan lancar. Dia boleh duduk di kerusinya menumpukan 'kerjanya' tanpa bangun. Nikmat yang besar sangat bagi saya. 


Hasil kerja dua murid yang alami masalah yang sama. ALHAMDULILLAH.

Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Noorhayati Abdul Rahim
Instagram : shaklee_by_yatty


No comments:

Post a Comment

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...