Para pelanggan yang dihargai, anda dinasihatkan untuk memahami segala terma dan syarat pembelian sebelum membuat sebarang pesanan produk Shaklee dari kami.
1. Semua barang yang telah di jual tidak boleh dikembalikan kecuali berlaku kecuaian daripada pihak kami seperti kesilapan jenis produk, produk luput tarikh atau kuantiti.
2. Pastikan nama dan kuantiti produk yang diisi pada borang pesanan adalah betul. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas kesilapan jenis dan kuantiti produk yang disebabkan oleh kesilapan pelanggan mengisi borang pesanan. Walaubagaimana pun, kami akan mengesahkan pesanan anda terlebih dahulu melalui email atau telefon.
3. Semua barang adalah dijamin sepenuhnya berada dalam keadaan yang baik semasa dipos, oleh itu pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan barang atas apa-apa jua sebab semasa dalam proses penghantaran oleh pihak Perkhidmatan Courier.
4. Kami memerlukan 1-3 hari bekerja (untuk kawasan Sabah dan Sarawak, 3-5 hari masa berkerja diperlukan) untuk memproses tempahan pelanggan. Sekiranya pelanggan membuat tempahan pada hari hujung minggu Jumaat dan Sabtu bagi negeri-negeri tertentu maka hari Ahad dikira hari pertama. Begitu juga bagi negeri yang bercuti pada Sabtu dan Ahad maka Isnin dikira sebagai hari pertama. Walaubagaimana pun, kami akan memastikan dan mencuba untuk memproses pesanan anda secepat mungkin selepas pembayaran telah diterima.
5. Sekiranya berlaku kes dimana ketiadaan stok selepas pembayaran dibuat, maka kami mempunyai hak dalam memberi beberapa pilihan kepada pelanggan kami samada:
- Menunggu beberapa hari lagi untuk stok baru sampai.
- Membuat tempahan melalui Syarikat Shaklee yang akan membuat penghantaran terus kepada pelanggan kami.
- Kami akan memulangkan kembali wang yang telah dibayar selepas mendapat persetujuan daripada pelanggan.
7. Sekiranya pembayaran lebih di buat, baki wang akan di pulangkan semula kepada anda.
8. Bagi Cash On Delivery (COD), temujanji hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 12 jam sebelum masa penghantaran untuk mengelakkan sebarang masalah.
9. Pembayaran menggunakan Kad Kredit /Debit melalui Paypal, fees Paypal tidak akan diterima.
10. Segala urusan pembelian adalah secara TUNAI dan Pemindahan wang secara ONLINE ( bagi pos) sahaja.
Semua TERMA & SYARAT di atas adalah tertakluk kepada pindaan dan boleh diubah dari masa ke semasa tanpa dimaklumkan kepada pelanggan. Pelanggan diminta menyemak TERMA & SYARAT ini dari masa ke semasa yang dikira sesuai.
Sekian, terima kasih kerana menyokong kami.
Noorhayati Abdul Rahim
PM/WhatsApp: 0173737174
FB: Noorhayati Abdul Rahim
IG: Shakle_by_Noorhayatiabdrahim
No comments:
Post a Comment