Pengalaman bercuti di The Shore Hotel & Residences Melaka
Pengalaman bercuti di The Shore Hotel & Residences Melaka yang sangat seronok dan mengujakan. Sempena Anniversary ke 11 kami, saya dan suami merancang membawa anak-anak bercuti hanya di dalam Melaka. Pada keadaan Wabak Covid-19 yang meningkat naik, terasa risau untuk berjalan lebih jauh.
Yang lawaknya, saya sudah buat tempahan seminggu awal tetapi lupa nak tinggalkan duit dalam akaun yang dimasukkan sewaktu tempahan. Tengahari semasa sedang berkemas untuk menginap, saya baru perasan tempahan saya sudah dibatalkan melalui email. Sebenarnya saya fikir saya boleh buat pembayaran di Hotel walaupun perasan 'term' itu tiada semasa membuat tempahan. Memang sangat murah bilik yang saya dapat hanya RM112.12. Disebabkan telah berjanji dengan anak-anak, saya buat jugalah tempahan baru lebih sekali ganda harga asal RM257.
Kami tiba jam sudah menghampiri Jam 5 petang. Biasalah hujung minggu, bandar Melaka memang sesak dengan kenderaan luar yang datang ke Melaka. Redalah kami tiba lambat. Proses untuk check in juga sedikit lambat sebab ramai orang yang berbaris di kaunter pendaftaran. Satu lagi The Shore Hotel & Residences ini 42 tingkat. Lif ada dalam 4 sahaja tidak termasuk 2 lif ke parking kereta. Memang bercinta kalau nak tunggu lif sebab ramai yang naik dan turun. So, be ready.
Masa masuk ke bilik, kami anak beranak teruja sangat, sebab bilik sangat luas dan selesa. Bilik air ada tub okay. Seronoklah anak-anak dapat main berendam dalam air. Saya share video dan gambar bilik kami.
Antara gambar di Studio Suite Hotel The Shore & Residence
Sampai-sampai sahaja ke bilik lepas sedikit sesi video dan bergambar, terus anak-anak bersiap untuk pergi mandi di kolam. Menarik sangat kolam di Hotel The Shore & Residence ni, luas dan praktikal untuk sekeluarga. Ada sauna di tandas, tetapi saya tidak berkesempatan untuk merasai momen berpanas itu.
Di sini saya kongsi Video dan gambar-gambar di kolam mandi The Shore Hotel & Residence.
Kolam renang ini dibuka pada jam 9 pagi sehingga 7 malam. Tetapi tidak boleh mandi daripada pukul 12 tengahari sehingga 3 petang. Mungkin pertukaran waktu antara pelanggan checkout dan check in hotel. Mandi di kolam renang ini memang sejuk sebab air sejuk dan berangin selain kita mandi di tingkat 9. View menarik sangat.
Selain Kolam Renang di Hotel The Shore & Residences terdapat juga kemudahan gimnasium di sini. Boleh bergilir-gilir suami isteri menjaga anak-anak di kolam renang dan mengunjungi gimnasium untuk beriadah. Wajib pakai kasut yer, kalau tidak kita tidak boleh masuk. Boleh lihat anak-anak mandi daripada atas gimnasium sementara kita menjalankan aktiviti di sini.
Sekitar hotel ini kita boleh naik bot tau untuk pusing-pusing bandar lalu Sungai Melaka. Waktu makan lebih menarik. Warna warni lampu meriah sangat.
Gambar adalah sumber Google.
Harga tiket River Cruise 2020 (12/12/2020)
Dewasa: RM 25
Kanak-kanak: RM15
Ada lagi satu tempat menarik di bangunan The Shore Hotel & Residences ini ialah The Shore Sky Tower. Ini akan saya kongsikan di post yang seterusnya.
Kalau anda ingin bercuti, The Shore Hotel & Residences bagi saya memang best dan menyeronokkan untuk kita sekeluarga.
No comments:
Post a Comment