Teks: Noorhayati Abdul Rahim
𝟳 𝗦𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗕𝗶𝘀𝗻𝗲𝘀 𝗢𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗠𝘂𝗱𝗮𝗵
Bulan ni adalah bulan terakhir moratorium kan. Seronok dapat lebih belanja atau lebih simpanan untuk 6 bulan ni. Alhamdulillah orang kata rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari. Dah sedia ke semua untuk fasa baru, kewangan kembali kepada asal. Masa inilah masa terbaik untuk buat bisnes online. Bisnes yang sangat mudah, hanya di hujung jari yang penting ada gajet. Ada ke orang hari ini tiada telefon walaupun dia cakap dia susah tapi masih mampu untuk ber'facebook' kan. Tanda dia ada duit untuk topup kredit internet atau mungkin dia guna wifi ofis. Apa-apa pun sekaranglah masa terbaik untuk mulakan bisnes online. Jangan tunggu lama-lama nanti lama-lama orang lain dapat peluang dulu🎶🎵🎷.
Mudahnya bisnes online kerana
1. Tidak perlu bersemuka. Ramai cakap 'saya malulah', 'seganlah'. End up sanggup tunggu sampai sesak nafas nak sampai ke hujung bulan dapat gaji. Ada handphone update post tak perlu pun tunjuk muka, yang penting anda tahu menulis.
2. Tidak perlu kedai. Asbab kene sewa kedailah harga barang kene up lagi, jadi mahal. Kite boleh menjual dari rumah kita sahaja tidak perlu bayar sewa kedai.
3. Tidak perlu MODAL besar dengan hanya jadi agen dropship kite kadang tak perlu simpan stok pun. Promote barang dan semua HQ uruskan sehingga barang sampai depan rumah customer.
4. Masa dan tempat fleksibel. Kite boleh arrange waktu kite. Bile kerja kite ada masa bekerja 8 pagi hingga 5 petang. Tetapi dengan bisnes online kite boleh berada di mana-mana walaupun tengah bercuti di kampung dan bila-bila masa.
5. Platform bisnes yang banyak untuk iklankan produk dan ia PERCUMA. Nak bandingkan zaman dulu-dulu kene jumpa orang, kene pandai cakap bergerak dari rumah ke rumah. Sekarang untung Facebook ada, Facebook Page, Instagram, Blog, Mudah.my, WhatsApp status, IG Stories dan macam-macam lagi. Tinggal kite nak buat ke tak sahaja.
6. Ilmu mudah akses. Pelbagai ilmu bisnes kite boleh belajar sekarang. Ada yang PERCUMA seperti YouTube dan ada yang berbayar tinggal sedia duit sahaja untuk belajar. Ilmu-ilmu bisnes online percuma ini boleh dapat di internet dengan 'google' sahaja. Semua di hujung jari yang penting ada gajet dan internet.
7. Pilihan syarikat penghantaran (delivery) yang banyak. Sekarang mudah nak pos barang banyak sangat pilihan. Kita sendiri boleh nilai yang mana servis lebih baik. Nak pakai runner pun boleh, nak pihak poslaju datang pickup kat rumah pun boleh. Semua pilihan di tangan kita.
Jadi untuk mulakan langkah pertama memang azab sangat macam-macam fikir, apa orang kata, nanti kawan-kawan kutuk. Cume satu jelah nak cakap orang yang kata kite tu dia ke yang tolong bayar sewa rumah kite, hutang kereta kita atau bil elektrik dan air kita? Tepuk dada tanya hati. Terus melangkah dan letak pergantungan hanya pada Allah yang Maha Memberi Rezeki. Sekali melangkah kita pasti tidak memandang ke belakang lagi.
Nak cuba bisnes Shaklee halo-halo saya yer. In shaa Allah setiap 14hb BONUS masuk akaun yang penting meniaga, bukan tunggu je duit masuk, memang tak masuk-masuklah😂
#pengedarshakleemelaka
No comments:
Post a Comment