Saturday, 26 September 2020

8 Manfaat Vitamin C Shaklee yang ramai orang tidak tahu.

Teks: Noorhayati Abdul Rahim


Assalamualaikum dah lama tak update blog.





Ok saya nak kongsi beberapa keistimewaan Vitamin C yang orang luar belum tahu.

Kebanyakkan kita terutamanya wanita mencari Vitamin C Shaklee kerana nak kulit cantik, cerah dan berseri. Semua nak nampak cantik, ayu dan awet muda. Eh ada ke orang tak suka cantik? Tu bukan orang dah gamaknya, maaf gurau-gurau.

Vitamin C ni boleh membuatkan kulit kita cantik tau. 

Jom kita berkenalan dulu. Sumber dari mana boleh dapat Vitamin C ni ye?

Vitamin C adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh manusia.

Vitamin C juga dikenali dengan asid askorbik ini merupakan vitamin yang larut air dan penting dalam diet kita seharian.


Vitamin C ini tidak boleh disimpan oleh tubuh, jadi kita sangat perlu untuk mendapatkan vitamin ini setiap hari.

Badan hanya menyerap amaun Vitamin C yang diperlukan badan sahaja dan sekiranya berlebihan ia akan dikeluarkan melalui air kecing (urin).


Antara Buah-Buahan dan Sayur - Sayuran yang Tinggi kandungan Vitamin C



Apakah 7 manfaat Vitamin C untuk badan kita?

                                       

1. Membantu menghasilkan kolagen semulajadi tubuh. Kalau nak beli kolagen kita tahu harganya lebih
    premium kan. Kita cuba yang mampu makan untuk kekalkan keremajaan kulit juga rambut dan kuku 
    yang sihat. Kolagen juga diperlukan untuk kesihatan tulang.

Kolagen merupakan sejenis protein yang terdiri daripada asid amino dan bekerjasama dengan keratin untuk menghasilkan kulit dengan kekuatan, kelicinan, keanjalan dan berdaya tahan.

Ia juga merupakan struktur asas dalam pembinaan otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.

Jika kita kehilangan kolagen, kulit akan nampak berkedut, dan otot menjadi lembik seiring dengan pertambahan usia.



2. Membantu penyerapan Iron dalam badan. Iron inilah berfungsi membawa oksigen dalam darah kita.
    Kalau sedang hamil dan Hb low ambil Vitalea Shaklee (with iron) bersama Vitamin C.




3.  Memperbaiki sistem pendarahan seperti gusi berdarah, lebam yang timbul di kulit dan ia membantu 
     penyembuhan luka yang lebih cepat.


4. Pada tempoh PKP akibat wabak Covid-19, Vitamin C adalah produk yang paling tinggi 
    permintaannya. Vitamin C adalah komponen yang membantu dalam meningkatkan imunisasi atau 
    dengan kata lain membantu meningkatkan daya tahan badan pada penyakit. #kitajagakita

    Mengurangkan jangkitan selsema, batuk dan demam.
    


5. Vitamin C membantu memberikan kulit yang cerah, cantik dan warna sekata. Sekiranya diamalkan dengan konsisten jerawat juga akan cepat kecut. Sebab ada wanita bila didatangi haid akan mengalami simptom jerawat naik dengan banyaknya. Boleh gunakan alternatif Vitamin C ini.

Selain itu Vitamin C bantu mengurangkan masalah pigmentasi, jerawat, kulit tidak sekata dan kulit kering.


                                       

6. Anda alami kesukaran untuk tidur? Boleh cuba amalkan Vitamin C bersama dengan B Complex 
    Shaklee dan Ostematrix. 

7. Vitamin C membantu mengekalkan kolestrol yang sihat dan mengekalkan kapilari yang sihat sekaligus mengurangkan risiko masalah kesihatan seperti jantung dan stroke. Semua dengan izin ALLAH. 


 

8. Mencegah kerosakan sel akibat dari tindakan radikal bebas yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan terutamanya kanser. Sel yang sihat in shaa Allah fungsi badan juga berjalan lancar.



Tanda-tanda kekurangan vitamin C 


1.Gusi mudah berdarah

2.Mudah lebam

3.Luka lambat sembuh

4.Kulit dan rambut kering serta kasar, rambut bercabang dan rosak.

5.Hidung berdarah

6.Muka Kusam dan nampak tua akibat kurang kolagen.


Jadi pastikan Vitamin C adalah suplimen yang anda amalkan secara konsisten selepas ini.

Vitamin C Shaklee ni juga berperanan dalam pengeluaran hormone anti-stress dan interferon (hormone fungsi Imun). Mengikut Doctor-Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C.

Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.


5 Sebab Vitamin C Shaklee Lebih Hebat berbanding Jenama Lain

Perbezaan vitamin C Shaklee dengan vitamin C yang banyak dijual di farmasi atau drugstore.

Jom berkenalan dengan Sustained Release Vita-C Plus.


1.Diformulasi dalam bentuk 'Sustained Release' (pelepasan masa)

Kelebihan utama vitamin C Shaklee adalah ianya diformulasi dalam bentuk 'Sustained Release' (pelepasan masa). Ini bermaksud kandungan vitamin C di dalam tablet ini dilepaskan ke dalam badan secara berperingkat-peringkat iaitu 1.5 mg selama setiap jam.

Sebiji vitamin C Shaklee mengandungi 500 mg vitamin C dan ianya di rembesan secara perlahan-lahan dalam badan mengikut keperluan badan kita untuk setiap jam.

Ini maknanya bila kita ambil sebiji vitamin C Shaklee, badan kita tidak terus menerima 500 mg vitamin C. Sebaliknya ia akan dilepaskan sedikit iaitu 100 mg untuk setiap jam.

Ini sangat bagus kerana vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dilepaskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan banyak lagi. Jadi ianya terpelihara dan badan akan menerima bekalan vitamin C yang cukup setiap hari.


2. Mengandungi 120 mg bioflavonoid dan 25% bioflavonoid ini ekstrak daripada kulit buah yang juga dikenali sebagai vitamin C complex.

Selain itu juga, setiap tablet vitamin C Shaklee, mengandungi 120mg bioflavonoid dan 25% bioflavonoid ini diekstrak daripada kulit buah yang juga dikenali sebagai vitamin C ni?

Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C dalam tubuh badan kita serta bertindak sebagai anti-radang, anti-alergi, anti-virus dan juga anti-kanser.

Ia juga dapat mengelakkan salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi vitamin C, dan mengelakkan vitamin C dari cepat teroksida dan merosakkan sel.



3. Membekalkan khasiat yang sama seperti memakan 7 1/2 buah oren berserta dengan kulitnya.

Satu tablet SR Vita-C Plus ini juga mampu membekalkan khasiat yang sama seperti memakan 7 1/2 biji buah oren berserta kulitnya. Sudah pasti kita tidak mampu untuk memakan buah limau sebanyak ini setiap hari kan?




Vitamin C Shaklee bersumberkan ekstrak jagung. Jadi selamat untuk orang yang ada gastrik makan vitamin C Shaklee ini. 



4. Vitamin Shaklee berbeza dengan vitamin lain di farmasi sebab vitamin Shaklee merupakan vitamin semulajadi. Kebanyakan vitamin di farmasi atau pasaraya luar adalah vitamin sintetik.

Jom lihat perbandingan.

Bahan
Semulajadi: Bahan pembuatan sudah tentunya diekstrak dari tumbuhan atau akar kayu/sumber semulajadi.

Sintetik: Bahan pembuatan adalah berasaskan bahan kimia.

Harga
Semulajadi: Harga selalunya tidak terlalu mahal dan juga tak terlalu murah (kerana sumber yang semulajadi dan berkualiti)

Sintetik:
Harga selalunya lebih murah kerana bahan asas ialah bahan kimia, bukan sumber semula jadi.

Pek silica:
Semulajadi: Tidak memerlukan pek 'silica gel' dalam botol vitamin kerana tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet.

Sintetik:
Mengandungi pek kecil 'silica gel' dalam botol vitamin (yang macam biji dalam kasut tu)

Sumber
Semulajadi : Nama sumber adalah ditulis nama asli seperti fish pil, soy beans, citrus, alfafa dan sebagainya.

Sintetik:
Nama sumber mengandungi '-ate' atau 'ide' seperti acetate, palmitate, Thiamine, hydrocholoride dan ect.

Penerimaan badan-
Semulajadi :
Bahan semula jadi amat mudah diterima dan diserap oleh badan kita juga selamat dan berkesan.

Sintetik :
Bahan kimia tidak mudah diterima dan mudah ditolak menjadi toksin dalam badan. Bila toksin banyak dalam badan, pelbagai penyakit akan timbul.

Proses penghasilan.
Semulajadi:
Dihasilkan dari ekstrak bahan bahan semula jadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber.

Contohnya pembuatan vitamin C semulajadi dalam buah limau dan menyingkirkan seratnya.

Sintetik: dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri seakan - akan bahan yang terdapat dalam vitamin.

Contohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H806, jadi gabungan dari molekul. Molekul karbon, hidrogen, dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa-apa bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

Kesan jangka panjang.
Semulajadi: Tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan seperti yang dinyatakan di atas (bahan semula jadi)

Sintetik:
Mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilan.



5. Tiada pewarna, perasa dan pemanis tiruan.

Kebanyakan vitamin C yang dijual di farmasi mempunyai perasa dan diawet. Namun tidak bagi vitamin C Shaklee. Kerana ianya tiada langsung pemanis tiruan.

Vitamin C Shaklee juga merupakan Immune booster serta anti radang.

Ia mampu membantu penyerapan vitamin C sepenuhnya (kadar penyerapan yang optimum)


Di bawah ini saya senaraikan sebab untuk kita jadikan vitamin C ini sebagai rutin harian kita.:

1.Tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan sendiri

2. Tubuh kita akan kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.

3.Vitamin C dalam badan akan menyusut apabila kita berada dalam keadaan tertekan (stress)


Siapa perlukan Vitamin C?

1.Bagi perokok, kehilangan vitamin C dalam badan mereka sangat terjejas kerana 1 batang rokok mampu memusnahkan 50 - 100mg vitamin C dalam badan.

Perokok dan mereka yang bergaul dengan perokok (vitamin C mudah musnah oleh pencemaran udara iaitu asap rokok jadi orang yang di sekelilingnya akan terkena tempiasnya)

Jika cuaca berjerebu juga sebab itu disarankan orang ramai meningkatkan C pengambilan vitamin C

2. Ibu mengandung, ibu menyusu, atau ibu selepas bersalin. Mengapa? Sebab pada tahap ini Imun ibu adalah kurang berbanding dengan ketika di luar waktu tersebut.

3.Individu dalam proses penyembuhan penyakit atau selepas pembedahan.

4.kanak-kanak. Vitamin C chewable ada dan memang sedap.

5.Pesakit berkaitan kardiovaskular seperti jantung, stoke, kolesterol tinggi dan darah tinggi.

6.Orang yang mudah selsema dan demam. Untuk tingkatkan Imun badan.
7.Pesakit anemia (gejala kurang darah)

8.Orang yang ingin kulit gebu, anjal, dan awet muda.

9.Orang yang nak improve sexual health.

10.Orang yang nak kurus.

11.Orang yang selalu stress dan moddy.


Testimoni Vitamin Shaklee









Mencari Produk Shaklee?






Instagram: noorhayati_abdulrahim


SMS/WhatsApp: 0173737174

Thursday, 10 September 2020

7 Sebab Bisnes Online sangat Mudah


 Teks: Noorhayati Abdul Rahim


𝟳 𝗦𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗕𝗶𝘀𝗻𝗲𝘀 𝗢𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁  𝗠𝘂𝗱𝗮𝗵


Bulan ni adalah bulan terakhir moratorium kan. Seronok dapat lebih belanja atau lebih simpanan untuk 6 bulan ni. Alhamdulillah orang kata rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari. Dah sedia ke semua untuk fasa baru, kewangan kembali kepada asal. Masa inilah masa terbaik untuk buat bisnes online. Bisnes yang sangat mudah, hanya di hujung jari yang penting ada gajet. Ada ke orang hari ini tiada telefon walaupun dia cakap dia susah tapi masih mampu untuk ber'facebook' kan. Tanda dia ada duit untuk topup kredit internet atau mungkin dia guna wifi ofis. Apa-apa pun sekaranglah masa terbaik untuk mulakan bisnes online. Jangan tunggu lama-lama nanti lama-lama orang lain dapat peluang dulu🎶🎵🎷.


Mudahnya bisnes online kerana


1. Tidak perlu bersemuka. Ramai cakap 'saya malulah', 'seganlah'.  End up sanggup tunggu sampai sesak nafas nak sampai ke hujung bulan dapat gaji. Ada handphone update post tak perlu pun tunjuk muka, yang penting anda tahu menulis.


2. Tidak perlu kedai. Asbab kene sewa kedailah harga barang kene up lagi, jadi mahal. Kite boleh menjual dari rumah kita sahaja tidak perlu bayar sewa kedai. 


3. Tidak perlu MODAL besar dengan hanya jadi agen dropship kite kadang tak perlu simpan stok pun. Promote barang dan semua HQ uruskan sehingga barang sampai depan rumah customer.


4. Masa dan tempat fleksibel. Kite boleh arrange waktu kite. Bile kerja kite ada masa bekerja 8 pagi hingga 5 petang. Tetapi dengan bisnes online kite boleh berada di mana-mana walaupun tengah bercuti di kampung dan bila-bila masa.


5. Platform bisnes yang banyak untuk iklankan produk dan ia PERCUMA. Nak bandingkan zaman dulu-dulu kene jumpa orang, kene pandai cakap bergerak dari rumah ke rumah. Sekarang untung Facebook ada, Facebook Page, Instagram, Blog, Mudah.my, WhatsApp status, IG Stories dan macam-macam lagi. Tinggal kite nak buat ke tak sahaja.


6. Ilmu mudah akses. Pelbagai ilmu bisnes kite boleh belajar sekarang. Ada yang PERCUMA seperti YouTube dan ada yang berbayar tinggal sedia duit sahaja untuk belajar. Ilmu-ilmu bisnes online percuma ini boleh dapat di internet dengan 'google' sahaja. Semua di hujung jari yang penting ada gajet dan internet.


7. Pilihan syarikat penghantaran (delivery) yang banyak. Sekarang mudah nak pos barang banyak sangat pilihan. Kita sendiri boleh nilai yang mana servis lebih baik. Nak pakai runner pun boleh, nak pihak poslaju datang pickup kat rumah pun boleh. Semua pilihan di tangan kita.


Jadi untuk mulakan langkah pertama memang azab sangat macam-macam fikir, apa orang kata, nanti kawan-kawan kutuk. Cume satu jelah nak cakap orang yang kata kite tu dia ke yang tolong bayar sewa rumah kite, hutang kereta kita atau bil elektrik dan air kita? Tepuk dada tanya hati. Terus melangkah dan letak pergantungan hanya pada Allah yang Maha Memberi Rezeki. Sekali melangkah kita pasti tidak memandang ke belakang lagi. 

Nak cuba bisnes Shaklee halo-halo saya yer. In shaa Allah setiap 14hb BONUS masuk akaun yang penting meniaga, bukan tunggu je duit masuk, memang tak masuk-masuklah😂


#pengedarshakleemelaka

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...