Monday, 3 April 2017

Aktiviti Mewarna



Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Sejak anak murid autism saya boleh fokus dengan aktiviti yang menggunakan 'water colour'  saya jadi seronok menyediakan aktiviti yang berwarna warni sebegitu. Ia bukan hanya mengenai aktiviti mewarna itu sahaja, tetapi juga bagaimana murid belajar menguasai ruang terhad iaitu antara kemahiran yang dipraktikkan bagi persediaan mereka mula menulis.



Murid autism ini kebiasaannya masa di kelas suka buat hal sendiri, berada di dunia sendiri tetapi mampu menjalankan aktiviti ini hingga selesai tanpa bangun dari kerusi kecuali semasa cikgu sedang menyediakan bahan.

Apa yang melucukan, sedang cikgu menyediakan bahan untuk rakan lain yang boleh dilepaskan membuat aktiviti sendiri, anak ini kelihatan tidak sabar ingin memulakan aktiviti mewarna. Berus sudah siap sedia dipegang dan cuba membantu cikgu picitkan warna dari tiubnya. Satu tingkahlaku yang jarang berlaku.




Walaubagaimanapun setiap aktiviti anak-anak khas saya ini perlu dibimbing. Kalau tidak, entah dimana mereka turun 'kekreatifan' mereka. Baju dan tudung pun boleh bertukar warna nanti.



Moga aktiviti bersama anak-anak istimewa saya ini memberi manfaat buat mereka.


IG: Shaklee_by_yatty
Email: noorhayatiarahim@gmail.com
WhatsApp: 0173737174

No comments:

Post a Comment

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...