Sunday, 31 July 2016

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Kredit: Noorhayati Abdul Rahim

Assallammualaikum w.b.t
Nama diberi seperti yang tertera, Noorhayati Abdul Rahim. Tahun 2016 genap umur saya 33 tahun dan merupakan anak ke empat daripada sembilan beradik.

Saya merupakan ibu kepada tiga orang anak lelaki dan saya adalah satu-satunya perempuan dalam keluarga kecil kami.

Gambar semasa Aidilfitri baru-baru ini


Berpendidikan Ijazah Biokimia daripada Universiti Putra Malaysia, Serdang. Setelah hampir tiga tahun bekerja dalam bidang Pengkulturan Tumbuhan di Melaka, saya menyambung pengajian dalam Pendidikan pula iaitu Diploma KPLI Sekolah Rendah pengkhususan pada matapelajaran Sains di Institut Pendidikan Guru Pulau Pinang.

Sekarang saya bertugas sebagai seorang guru di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Melaka dan mengajar murid bermasalah cacat pendengaran. 

Saya dan suami mula berniaga pada pertengahan tahun 2011 secara sampingan selepas membeli ‘cloth diapers’ untuk anak sulung. Pada masa itu ramai kawan-kawan bertanya, jadi kami berusaha mendapatkan bekalan terus dari China. 

Hasil sambutan daripada berniaga 'cloth diapers' ini membawa kepada idea untuk menjual barangan bayi pula. Kami dapatkan bekalan produk dari pelbagai syarikat seperti Autumz, Fabulous Mom dan sebagainya. 

Di awalnya kami berniaga untuk seronok-seronok dan apabila tanggungan bertambah kami mula berniaga bagi menampung perbelanjaan harian dan menyelesaikan hutang. Walaubagaimanapun berniaga di Facebook hasilnya tidak konsisten dan semakin lama ia tidak lagi menjadi medium utama kami. Lebih-lebih lagi di saat Facebook kami kene 'block' dan pelbagai dugaan lagi. 

Selepas kelahiran anak kedua, saya menggunakan produk Shaklee sebagai ikhtiar melancarkan perjalanan penyusuan si anak. Seterusnya saya membuat keputusan untuk menjadi pengedar dan menyebarkan kebaikannya apabila hasil penggunaan produk Shaklee memberikan kesan yang sangat positif. Alhamdulillah ia bisnes sampingan yang masih kekal sehingga hari ini (hampir 4 tahun).

Kami juga mempunyai sebuah homestay di Bertam Melaka. Anda boleh kunjungi blog kami di sini
sekiranya ingin bercuti di Melaka.

Saya minat beraktiviti bersama anak-anak dari itu saya suka belajar apa sahaja teknik bagi mendidik anak-anak. Saya suka berkongsi aktiviti anak-anak di Facebook (cuma saya tidak konsisten kerana kekangan masa dan mungkin tidak rajin).

Saya suka pergi seminar berkaitan pendidikan anak-anak sekiranya berkemampuan wang dan masa. Saya juga suka membaca buku berkaitan pendidikan anak-anak dan kekeluargaan in shaa Allah.

Sekarang saya sedang belajar ilmu menulis blog dan ia menjadi sebab blog ini diwujudkan di alam maya ini. Blog lama saya dan masih aktif ialah www.azatyvitalove.com yang mungkin carca marba dan tidak teratur.

Saya sangat berharap dapat meningkatkan kemahiran menulis saya melalui medium blog ini dan menjadikan blog ini sebagai sumber rujukan dan informasi kepada pembaca. In shaa Allah 

No comments:

Post a Comment

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...