Friday, 21 October 2016

Promosi Omega Guard Oktober 2016

Teks: Noorhayati Abdul Rahim


Ada beberapa hari lagi sebelum Promosi Omega Guard tamat 31 Oktober ini. Jom ambil peluang ini.

Beli 6 botol Omega Guard PERCUMA 1 botol
Beli 2 botol Omega Guard DISKAUN 5%

Untuk siapakah Omega ini?


 Jom cuba.



Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Noorhayati Abdul Rahim
Instagram : shaklee_by_noorhayatiabdrahim

Kapasiti Perut Bayi

Teks: Noorhayati Abdul Rahim


KAPASITI PERUT BAYI

Ada dengar orang cakap x?
"Susu kau tu xckup, anak lapar, kene campur formula jugak"
"Susu kau xckup, tambah nestum bagi dia kenyang"
"Bagi air masak, lepas bagi susu"

Sakitnya hati apabila tengok kaum ibu bagi anak nestum dan susu formula dalam pantang lagi.

Sedarkah anda kaum ibu, kapasiti perut bayi hanya sekecil saiz guli,di awal kelahirannya. Molekul halus susu ibu menjadikannya cepat diserap tubuh bayi, dan menyebabkan bayi cepat lapar lagi. BUKAN sebab susu ibu xmencukupi.

Tahukah anda air masak, susu formula dan nestum itu terlalu besar saiz molekulnya untuk diserap bayi d awal kelahirannya. Ia akan membebankan sistem usus bayi dan buah pinggangnya. TIDAK KASIHANKAH ANDA membebankan sistem badan bayi anda yang anda tunggu 9BULAN untuk melihatnya dan masih panjang lagi proses pertumbuhannya yang ingin anda lihat.

Di awal kelahiran susu ibu perlu diberi bagi menebalkan lapisan imunisasinya yang mampu menjaga kesihatannya sehingga dewasa. SANGGUPKAH ANDA memberinya air masak dan susu formula untuk merosakkan lapisan yang sedang menebal itu?

Bagai lumut menghijau di tepi longkang, jika semakin lama ia dibiarkan menebal. warna hijau itu pasti sukar untuk ditanggalkan. Begitu juga lapisan imunisasi ini..semakin lama tempoh penyusuan susu ibu semakin mantap sistem imunisasi anak anda.

Jom bertekad jayakan penyusuan eksklusif ibu-ibu ;-) Moga kita dipermudahkanNya.




Tuesday, 11 October 2016

Teknik Sandwich Pikat Anak

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Alhamdulillah setelah sekian lama tidak menulis di blog, Allah kurniaan kesihatan yang baik untuk mencatat sedikit di sini.

Baru sahaja membaca ebook dari seorang kaunselor mengenai cara tangani anak untuk elakkan dari memarahi mereka.

Saya terpikat dekat satu tekni yang dikongsi berkenaan Teknik Sandwich. Teknik apakah itu?

Cara menegur anak dalam masa yang sama kita menjaga emosi anak.

Contoh situasi:

Menegur si abang yang memukul si adik.
"Abang Aqif ni baiklah, mesti Allah sayang" ---> PUJI (Roti)
"Tapi kalau abang Aqif sayang adik, tidak pukul adik" ---> Point nak ditegur (Isi sandwich)
"Laaaagi baik...lagi Allah sayang"---> Tutup dengan pujian (Roti)
"Abang mintak maaf dengan adik yer"----> Tindakan
In shaa Allah moga Allah kurniakan kita sebagai ibu kekuatan untuk lebih positif dan sabar dalam mendidik anak-anak kita. Ameen

Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Noorhayati Abdul Rahim
Instagram : shaklee_by_noorhayatiabdrahim

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...