Monday 5 June 2017

Pink

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

My boy in pink😘

#adamareez
#azatykids


Dua tahun lepas encik suami aktif menjual rompers dan jumpsuit. Jual di pasar malam dan Facebook. Meniaga di pasar malam dalam 2 bulan sahaja. Sebab puan isteri cadangkan berhenti berniaga.

Bukan tidak mahu menyokong tetapi rasa seperti tiada 'life' dan tidak berbaloi dengan penat serta masa diluangkan. Setiap hari bekerja tetap sampai rumah sudah pukul 6 petang dan sambung berniaga di Pasar Malam pula. Sabtu di Pasar malam Alor Gajah dan Ahad di Pasar malam Masjid Tanah. Gigih suamiku mencari rezeki untuk kami anak beranak tanpa cuti.

Belum masuk pergi ambil stok pakaian di Puchong dan GM Klang hanya dengan menaiki motorsikal dari Melaka. Bukan sebab mahu jimat duit minyak, tapi tidak gemar menempuh jem yang boleh mendatangkan tekanan tahap maksima.

Kemudian timbul pula bunyi pinggang sudah kerap sakit. Yalah menunggang motorsikal dalam perjalanan yang jauh serta mengangkat 'generator' sebagai sumber tenaga elektrik di waktu malam. Boleh tahan berat juga nak angkat generator tu. Suami memang tiada pembantu manakala puan isteri pun tidak mampu membantu sebab menguruskan 3 hero di rumah.

Sudahnya demi keluarga tersayang dan kesihatan suami pun berhenti meniaga. Jadi masa tu ada stok rompers dan jumpsuit yang comel. Banyak jugakla. Kami bagi sahaja kepada satu tempat yang memerlukan. Dan masa itu saya pilihla beberapa helai yang saya berkenan.

Entah bagaimana saya pilih warna pink sahaja semua. Mungkin terpengaruh dengan beberapa individu yang tolong 'telek' baby nombor empat mungkin perempuan dengan IzinNya.

Dan nombor 4 ni Allah rezekikan lagi bayi lelaki. Alhamdulillah. Jadi kupakaikan sahajalah stok baju pink yang ada. Comel je baby boy pakai kaler pink kan?

Jangan marah yer. Post panjang nak cerita pasal baju kaler pink ni je.


Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Noorhayati Abdul Rahim
Instagram : shakleemelaka_by_yatty
WhatsApp: 0173737174

No comments:

Post a Comment

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...