Thursday 30 March 2017

Aktiviti 'Thumb Print'

Teks: Noorhayati Abdul Rahim



Hari ini berkesempatan masuk ke kelas murid bermasalah pembelajaran. Mencari idea apakah aktiviti yang sesuai untuk dilakukan bersama mereka, Alhamdulillah tetiba datang ilham nak buat aktiviti menggunakan 'thumb print'. Aktiviti ini sebenarnya sudah lama dirancang untuk dilakukan bersama anak-anak sendiri. Tetapi belum berkesempatan lebih-lebih lagi 'water colour' mereka pun sudah habis.



Aktiviti ini juga boleh merangsang motor halus (jari) murid sebagai persediaan sebelum mereka mula menulis.
Umur mereka sekitar 8-9 tahun. Aktiviti ini nampak mudah tetapi kalau tidak dibantu memang tidak siap dan bersepahla cap jari mereka di mana-mana. Kalau tengok gambar di atas pun boleh nampak beza susunan cap jarinya apabila dibantu kelihatan lebih tersusun dan di bahagian bawah(nenas)  tidak dibantu cap jarinya kelihatan tidak tersusun. Itupun banyak kosong dan dibantu juga untuk memenuhi setiap ruang.


Murid bukan sahaja menggunakan kemahiran motor halus iaitu jari mereka, tetapi mereka juga belajar menguasai ruang. Mereka didedahkan dengan melakukan aktiviti ini dalam ruangan yang terhad. Kira 2 dalam 1 aktiviti. Boleh juga kenalkan warna pada mereka serta nama objek. Sudah jadi 4 dalam 1 pula kan.


Moga dipermudahkan anak-anak murid saya menulis nanti, in shaa Allah.

IG: Shaklee_by_yatty
Email: noorhayatiarahim@gmail.com
WhatsApp: 0173737174


3 comments:

  1. Cantiknya! Siapa punya tu kak?

    ReplyDelete
  2. Muiz..tapi akk pegangla tangan dia..tapi dia boleh fokus sampai selesai ;-)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Tahniah Kak. Suka dengar Muiz nak belajar :-)

    ReplyDelete

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...