Saturday, 26 September 2020

8 Manfaat Vitamin C Shaklee yang ramai orang tidak tahu.

Teks: Noorhayati Abdul Rahim


Assalamualaikum dah lama tak update blog.





Ok saya nak kongsi beberapa keistimewaan Vitamin C yang orang luar belum tahu.

Kebanyakkan kita terutamanya wanita mencari Vitamin C Shaklee kerana nak kulit cantik, cerah dan berseri. Semua nak nampak cantik, ayu dan awet muda. Eh ada ke orang tak suka cantik? Tu bukan orang dah gamaknya, maaf gurau-gurau.

Vitamin C ni boleh membuatkan kulit kita cantik tau. 

Jom kita berkenalan dulu. Sumber dari mana boleh dapat Vitamin C ni ye?

Vitamin C adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh manusia.

Vitamin C juga dikenali dengan asid askorbik ini merupakan vitamin yang larut air dan penting dalam diet kita seharian.


Vitamin C ini tidak boleh disimpan oleh tubuh, jadi kita sangat perlu untuk mendapatkan vitamin ini setiap hari.

Badan hanya menyerap amaun Vitamin C yang diperlukan badan sahaja dan sekiranya berlebihan ia akan dikeluarkan melalui air kecing (urin).


Antara Buah-Buahan dan Sayur - Sayuran yang Tinggi kandungan Vitamin C



Apakah 7 manfaat Vitamin C untuk badan kita?

                                       

1. Membantu menghasilkan kolagen semulajadi tubuh. Kalau nak beli kolagen kita tahu harganya lebih
    premium kan. Kita cuba yang mampu makan untuk kekalkan keremajaan kulit juga rambut dan kuku 
    yang sihat. Kolagen juga diperlukan untuk kesihatan tulang.

Kolagen merupakan sejenis protein yang terdiri daripada asid amino dan bekerjasama dengan keratin untuk menghasilkan kulit dengan kekuatan, kelicinan, keanjalan dan berdaya tahan.

Ia juga merupakan struktur asas dalam pembinaan otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.

Jika kita kehilangan kolagen, kulit akan nampak berkedut, dan otot menjadi lembik seiring dengan pertambahan usia.



2. Membantu penyerapan Iron dalam badan. Iron inilah berfungsi membawa oksigen dalam darah kita.
    Kalau sedang hamil dan Hb low ambil Vitalea Shaklee (with iron) bersama Vitamin C.




3.  Memperbaiki sistem pendarahan seperti gusi berdarah, lebam yang timbul di kulit dan ia membantu 
     penyembuhan luka yang lebih cepat.


4. Pada tempoh PKP akibat wabak Covid-19, Vitamin C adalah produk yang paling tinggi 
    permintaannya. Vitamin C adalah komponen yang membantu dalam meningkatkan imunisasi atau 
    dengan kata lain membantu meningkatkan daya tahan badan pada penyakit. #kitajagakita

    Mengurangkan jangkitan selsema, batuk dan demam.
    


5. Vitamin C membantu memberikan kulit yang cerah, cantik dan warna sekata. Sekiranya diamalkan dengan konsisten jerawat juga akan cepat kecut. Sebab ada wanita bila didatangi haid akan mengalami simptom jerawat naik dengan banyaknya. Boleh gunakan alternatif Vitamin C ini.

Selain itu Vitamin C bantu mengurangkan masalah pigmentasi, jerawat, kulit tidak sekata dan kulit kering.


                                       

6. Anda alami kesukaran untuk tidur? Boleh cuba amalkan Vitamin C bersama dengan B Complex 
    Shaklee dan Ostematrix. 

7. Vitamin C membantu mengekalkan kolestrol yang sihat dan mengekalkan kapilari yang sihat sekaligus mengurangkan risiko masalah kesihatan seperti jantung dan stroke. Semua dengan izin ALLAH. 


 

8. Mencegah kerosakan sel akibat dari tindakan radikal bebas yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan terutamanya kanser. Sel yang sihat in shaa Allah fungsi badan juga berjalan lancar.



Tanda-tanda kekurangan vitamin C 


1.Gusi mudah berdarah

2.Mudah lebam

3.Luka lambat sembuh

4.Kulit dan rambut kering serta kasar, rambut bercabang dan rosak.

5.Hidung berdarah

6.Muka Kusam dan nampak tua akibat kurang kolagen.


Jadi pastikan Vitamin C adalah suplimen yang anda amalkan secara konsisten selepas ini.

Vitamin C Shaklee ni juga berperanan dalam pengeluaran hormone anti-stress dan interferon (hormone fungsi Imun). Mengikut Doctor-Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C.

Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.


5 Sebab Vitamin C Shaklee Lebih Hebat berbanding Jenama Lain

Perbezaan vitamin C Shaklee dengan vitamin C yang banyak dijual di farmasi atau drugstore.

Jom berkenalan dengan Sustained Release Vita-C Plus.


1.Diformulasi dalam bentuk 'Sustained Release' (pelepasan masa)

Kelebihan utama vitamin C Shaklee adalah ianya diformulasi dalam bentuk 'Sustained Release' (pelepasan masa). Ini bermaksud kandungan vitamin C di dalam tablet ini dilepaskan ke dalam badan secara berperingkat-peringkat iaitu 1.5 mg selama setiap jam.

Sebiji vitamin C Shaklee mengandungi 500 mg vitamin C dan ianya di rembesan secara perlahan-lahan dalam badan mengikut keperluan badan kita untuk setiap jam.

Ini maknanya bila kita ambil sebiji vitamin C Shaklee, badan kita tidak terus menerima 500 mg vitamin C. Sebaliknya ia akan dilepaskan sedikit iaitu 100 mg untuk setiap jam.

Ini sangat bagus kerana vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dilepaskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan banyak lagi. Jadi ianya terpelihara dan badan akan menerima bekalan vitamin C yang cukup setiap hari.


2. Mengandungi 120 mg bioflavonoid dan 25% bioflavonoid ini ekstrak daripada kulit buah yang juga dikenali sebagai vitamin C complex.

Selain itu juga, setiap tablet vitamin C Shaklee, mengandungi 120mg bioflavonoid dan 25% bioflavonoid ini diekstrak daripada kulit buah yang juga dikenali sebagai vitamin C ni?

Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C dalam tubuh badan kita serta bertindak sebagai anti-radang, anti-alergi, anti-virus dan juga anti-kanser.

Ia juga dapat mengelakkan salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi vitamin C, dan mengelakkan vitamin C dari cepat teroksida dan merosakkan sel.



3. Membekalkan khasiat yang sama seperti memakan 7 1/2 buah oren berserta dengan kulitnya.

Satu tablet SR Vita-C Plus ini juga mampu membekalkan khasiat yang sama seperti memakan 7 1/2 biji buah oren berserta kulitnya. Sudah pasti kita tidak mampu untuk memakan buah limau sebanyak ini setiap hari kan?




Vitamin C Shaklee bersumberkan ekstrak jagung. Jadi selamat untuk orang yang ada gastrik makan vitamin C Shaklee ini. 



4. Vitamin Shaklee berbeza dengan vitamin lain di farmasi sebab vitamin Shaklee merupakan vitamin semulajadi. Kebanyakan vitamin di farmasi atau pasaraya luar adalah vitamin sintetik.

Jom lihat perbandingan.

Bahan
Semulajadi: Bahan pembuatan sudah tentunya diekstrak dari tumbuhan atau akar kayu/sumber semulajadi.

Sintetik: Bahan pembuatan adalah berasaskan bahan kimia.

Harga
Semulajadi: Harga selalunya tidak terlalu mahal dan juga tak terlalu murah (kerana sumber yang semulajadi dan berkualiti)

Sintetik:
Harga selalunya lebih murah kerana bahan asas ialah bahan kimia, bukan sumber semula jadi.

Pek silica:
Semulajadi: Tidak memerlukan pek 'silica gel' dalam botol vitamin kerana tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet.

Sintetik:
Mengandungi pek kecil 'silica gel' dalam botol vitamin (yang macam biji dalam kasut tu)

Sumber
Semulajadi : Nama sumber adalah ditulis nama asli seperti fish pil, soy beans, citrus, alfafa dan sebagainya.

Sintetik:
Nama sumber mengandungi '-ate' atau 'ide' seperti acetate, palmitate, Thiamine, hydrocholoride dan ect.

Penerimaan badan-
Semulajadi :
Bahan semula jadi amat mudah diterima dan diserap oleh badan kita juga selamat dan berkesan.

Sintetik :
Bahan kimia tidak mudah diterima dan mudah ditolak menjadi toksin dalam badan. Bila toksin banyak dalam badan, pelbagai penyakit akan timbul.

Proses penghasilan.
Semulajadi:
Dihasilkan dari ekstrak bahan bahan semula jadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber.

Contohnya pembuatan vitamin C semulajadi dalam buah limau dan menyingkirkan seratnya.

Sintetik: dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri seakan - akan bahan yang terdapat dalam vitamin.

Contohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H806, jadi gabungan dari molekul. Molekul karbon, hidrogen, dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa-apa bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

Kesan jangka panjang.
Semulajadi: Tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan seperti yang dinyatakan di atas (bahan semula jadi)

Sintetik:
Mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilan.



5. Tiada pewarna, perasa dan pemanis tiruan.

Kebanyakan vitamin C yang dijual di farmasi mempunyai perasa dan diawet. Namun tidak bagi vitamin C Shaklee. Kerana ianya tiada langsung pemanis tiruan.

Vitamin C Shaklee juga merupakan Immune booster serta anti radang.

Ia mampu membantu penyerapan vitamin C sepenuhnya (kadar penyerapan yang optimum)


Di bawah ini saya senaraikan sebab untuk kita jadikan vitamin C ini sebagai rutin harian kita.:

1.Tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan sendiri

2. Tubuh kita akan kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.

3.Vitamin C dalam badan akan menyusut apabila kita berada dalam keadaan tertekan (stress)


Siapa perlukan Vitamin C?

1.Bagi perokok, kehilangan vitamin C dalam badan mereka sangat terjejas kerana 1 batang rokok mampu memusnahkan 50 - 100mg vitamin C dalam badan.

Perokok dan mereka yang bergaul dengan perokok (vitamin C mudah musnah oleh pencemaran udara iaitu asap rokok jadi orang yang di sekelilingnya akan terkena tempiasnya)

Jika cuaca berjerebu juga sebab itu disarankan orang ramai meningkatkan C pengambilan vitamin C

2. Ibu mengandung, ibu menyusu, atau ibu selepas bersalin. Mengapa? Sebab pada tahap ini Imun ibu adalah kurang berbanding dengan ketika di luar waktu tersebut.

3.Individu dalam proses penyembuhan penyakit atau selepas pembedahan.

4.kanak-kanak. Vitamin C chewable ada dan memang sedap.

5.Pesakit berkaitan kardiovaskular seperti jantung, stoke, kolesterol tinggi dan darah tinggi.

6.Orang yang mudah selsema dan demam. Untuk tingkatkan Imun badan.
7.Pesakit anemia (gejala kurang darah)

8.Orang yang ingin kulit gebu, anjal, dan awet muda.

9.Orang yang nak improve sexual health.

10.Orang yang nak kurus.

11.Orang yang selalu stress dan moddy.


Testimoni Vitamin Shaklee









Mencari Produk Shaklee?






Instagram: noorhayati_abdulrahim


SMS/WhatsApp: 0173737174

Thursday, 10 September 2020

7 Sebab Bisnes Online sangat Mudah


 Teks: Noorhayati Abdul Rahim


𝟳 𝗦𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗕𝗶𝘀𝗻𝗲𝘀 𝗢𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁  𝗠𝘂𝗱𝗮𝗵


Bulan ni adalah bulan terakhir moratorium kan. Seronok dapat lebih belanja atau lebih simpanan untuk 6 bulan ni. Alhamdulillah orang kata rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari. Dah sedia ke semua untuk fasa baru, kewangan kembali kepada asal. Masa inilah masa terbaik untuk buat bisnes online. Bisnes yang sangat mudah, hanya di hujung jari yang penting ada gajet. Ada ke orang hari ini tiada telefon walaupun dia cakap dia susah tapi masih mampu untuk ber'facebook' kan. Tanda dia ada duit untuk topup kredit internet atau mungkin dia guna wifi ofis. Apa-apa pun sekaranglah masa terbaik untuk mulakan bisnes online. Jangan tunggu lama-lama nanti lama-lama orang lain dapat peluang dulu🎶🎵🎷.


Mudahnya bisnes online kerana


1. Tidak perlu bersemuka. Ramai cakap 'saya malulah', 'seganlah'.  End up sanggup tunggu sampai sesak nafas nak sampai ke hujung bulan dapat gaji. Ada handphone update post tak perlu pun tunjuk muka, yang penting anda tahu menulis.


2. Tidak perlu kedai. Asbab kene sewa kedailah harga barang kene up lagi, jadi mahal. Kite boleh menjual dari rumah kita sahaja tidak perlu bayar sewa kedai. 


3. Tidak perlu MODAL besar dengan hanya jadi agen dropship kite kadang tak perlu simpan stok pun. Promote barang dan semua HQ uruskan sehingga barang sampai depan rumah customer.


4. Masa dan tempat fleksibel. Kite boleh arrange waktu kite. Bile kerja kite ada masa bekerja 8 pagi hingga 5 petang. Tetapi dengan bisnes online kite boleh berada di mana-mana walaupun tengah bercuti di kampung dan bila-bila masa.


5. Platform bisnes yang banyak untuk iklankan produk dan ia PERCUMA. Nak bandingkan zaman dulu-dulu kene jumpa orang, kene pandai cakap bergerak dari rumah ke rumah. Sekarang untung Facebook ada, Facebook Page, Instagram, Blog, Mudah.my, WhatsApp status, IG Stories dan macam-macam lagi. Tinggal kite nak buat ke tak sahaja.


6. Ilmu mudah akses. Pelbagai ilmu bisnes kite boleh belajar sekarang. Ada yang PERCUMA seperti YouTube dan ada yang berbayar tinggal sedia duit sahaja untuk belajar. Ilmu-ilmu bisnes online percuma ini boleh dapat di internet dengan 'google' sahaja. Semua di hujung jari yang penting ada gajet dan internet.


7. Pilihan syarikat penghantaran (delivery) yang banyak. Sekarang mudah nak pos barang banyak sangat pilihan. Kita sendiri boleh nilai yang mana servis lebih baik. Nak pakai runner pun boleh, nak pihak poslaju datang pickup kat rumah pun boleh. Semua pilihan di tangan kita.


Jadi untuk mulakan langkah pertama memang azab sangat macam-macam fikir, apa orang kata, nanti kawan-kawan kutuk. Cume satu jelah nak cakap orang yang kata kite tu dia ke yang tolong bayar sewa rumah kite, hutang kereta kita atau bil elektrik dan air kita? Tepuk dada tanya hati. Terus melangkah dan letak pergantungan hanya pada Allah yang Maha Memberi Rezeki. Sekali melangkah kita pasti tidak memandang ke belakang lagi. 

Nak cuba bisnes Shaklee halo-halo saya yer. In shaa Allah setiap 14hb BONUS masuk akaun yang penting meniaga, bukan tunggu je duit masuk, memang tak masuk-masuklah😂


#pengedarshakleemelaka

Sunday, 16 August 2020

55 Soalan tentang ESP Shaklee



1. Apa ESP tu? 

Energizing Soy Protein iaitu minuman yang membekalkan tenaga segera dan ia kekal dalam tempoh yang lama. 

2. Siapa boleh minum ESP? 

Dari mereka yang remaja sehingga warga emas boleh minum ESP Shaklee. 

3. Apakah sumber ESP? 

Sumber ESP adalah tumbuhan iaitu Soya. 

4. Apa khasiat ESP untuk Ibu Hamil? 

ESP mempunyai kandungan protein yang berkualiti tinggi. Ia membantu dalam pertumbuhan serta perkembangan bayi di dalam kandungan. 

5.Bagaimana Soya ESP untuk bantu wanita yang ingin hamil?
Protein adalah bahan asas pembinaan sel bada jadi ia sangat diperlukan dalam memperbaharui dan menghasilakn sel-sel yang sihat (seperti Hormon untuk kesuburan & Sel-sel sistem pembiakan). Apabila sel-sel badan kita sihat, in shaa Allah semua fungsi badan berjalan dengan lancar. 

6.Bagaimana Soya ESP bantu mereka yang ingin kurus? 

Pengawalan berat badan perlu seimbang dengan kawal makan, senaman dan supplement berkesan. ESP adalah sejenis protein yang boleh membantu dalam pembinaan otot badan yang mana tinggi kandungan otot dalam badan akan meningkatkan metabolisma individu. Semakin tinggi metabolisma badan individu semakin mudah berat badan untuk turun. 

7. Berapa harga ESP SHAKLEE? 

Harga pasaran ESP Shaklee ialah RM161.25 

8.Bagaimana nak minum/bancuh ESP? 

Shake 3 sudu Shaklee sehari bersama 200-300ml air suam atau air kegemaran seperti milo, jus oren kecuali air kopi/berkafein. JANGAN GUNA AIR PANAS 

9. Kenapa tidak boleh bancuh dengan air berkafein/air panas? 

Kafein akan mengganggu penyerapan Kalsium yang tinggi dalam ESP Shaklee dan air panas menyebabkan protein ‘denature’ atau terurai. Hilang khasiat . RUGI. 

Walaubagaimanapun boleh minum air berkafein tetapi jarakkan antara keduanya dalam 2 sehingga 3 jam. 

10. Mahal x? 

Shaklee tidak mahal kerana ia berbaloi dengan manfaatnya. ESP bukan sekadar protein yang memberi tenaga segera tetapi juga mengandungi Riboflavin, Thiamine, B6,Niacine dan Panthotenic acid iaitu semuanya adalah Vitamin B yang membantu kita untuk terus kekal bertenaga. 

11. ESP Shaklee dalam bentuk serbuk ke pil? 

ESP hadir dalam bentuk serbuk dan perlu dibancuh dengan shaker untuk ia mudah larut. 

12.Satu hari minum berapa kali? 

Sehari maksimum 3 sudu boleh ambil terus 3 sudu ataupun 1 sudu diminum 3 kali sehari. 

13. ESP Shaklee dijual di mana? 

ESP boleh diperolehi melalui pengedar Shaklee seluruh Malaysia ataupun di cawangan Shaklee terdekat anda. 

14.Halal tak? 

Melalui Shaklee Halal Certificate 2020 ESP Shaklee disahkan HALAL oleh ISLAMIC SERVICE OF AMERICA (ISA) salah satu badan yang mengesahkan produk-produk yang dihasilkan di Amerika adalah dijamin halal digunakan oleh umat Islam di Amerika dan seluruh dunia. 

15. Apa kandungan ESP Shaklee? 

ESP bukan sekadar protein yang memberi tenaga segera sahaja tetapi juga mengandungi Riboflavin, Thiamine, B6,Niacine dan Panthotenic acid iaitu semuanya adalah Vitamin B yang membantu kita untuk terus kekal bertenaga. 

16. Berapa berat 1 tong ESP Shaklee? 

Satu tong ESP Shaklee bersamaan 850g yang tahan untuk 1 bulan setengah ke 2 bulan. 

17. Ada side effect tak minum protein banyak? 

3 sudu ESP bersamaan hanya 28g sehari yang banyak memberikan side effect positif seperti badan lebih bertenaga, susu ibu semakin meriah, luka pembedahan cepat sembuh dan melegakan gastrik anda. 

18.Orang nak kurus boleh makan? 

Sangat dicadangkan kerana ia membantu dalam pembinaan otot, bina balik otot yang menggeleber di bahagian tertentu. 

19. Orang Diabetes boleh amik? 

Boleh, kerana indeks Glisemik(GI) ESP Shaklee adalah rendah. 

GI ialah kadar pertukaran makanan kepada glukos dalam darah. Jika glukos meningkat naik terlalu cepat kita akan jadi lebih cepat lapar dan makin rasa nak makan. ESP menjadikan kandungan glukos meningkat secara perlahan dalam darah yang menyebabkan kita berasa kenyang lebih lama dan kekal bertenaga. 

20. Cecair ke serbuk? 

ESP Shaklee berbentuk serbuk 

21. Perisa ape? 

Vanilla 

22. Boleh campur dengan air lain tak? 

Boleh, kecuali air berkafein dan air panas. 

23. Ada logo halal tak? 

Ada, Produk Shaklee diiktiraf oleh ISLAMIC SERVICE OF AMERICA (ISA) salah satu badan yang mengesahkan produk-produk yang dihasilkan di Amerika adalah dijamin halal digunakan oleh umat Islam di Amerika dan seluruh dunia. 

Badan ini diiktiraf oleh JAKIM Malaysia. 

24. Dari umur berapa boleh ambil? 

Umur remaja sehingglah warga emas. 

25. Wanita hamil boleh minum ke ESP ini? 

Boleh 

26. Ada testimoni? 

Ada 

27.Benarkah Protein tak boleh ambil banyak. 

Tidak ada kuantiti yang tetap untuk persoalan ini kerana keperluan protein setiap individu adalah berbeza bergantung pada umur, saiz, aktiviti dan tahap kesihatan semasa. Walaubagaimanapun Institut Perubatan mengesyorkan orang dewasa mendapat sekurang-kurangnya 0.8 gram protein bagi setiap kilogram berat badan sehari atau anggaran 64 gram bagi orang dewasa. 



ESP Shaklee membekala 28 g protein per serving bersamaan 3 scoop/sudu besar sehari. 

28.Sedap tak? Boleh telan? 

Rasanya adalah enak, tetapi sesetengah orang tidak suka rasa Vanilanya jadi ESP Shaklee boleh diambil bersama air kegemaran anda seperti Milo dan Jus Oren. 

29.Ada kelulusan KKM tak? 

ESP tidak mempunyai hologram atau nombor pendaftran KKM disebabkan produk ini dikategorikan sebagai makanan dan dikawal oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan. Ia tidak perlu berdaftrar dengan KKM
30. Kenapa mesti amik ESP? 

Untuk mendapatkan kulit yang glowing, badan bertenaga dan sihat kerana Protein ESP membantu membina dan memperbaharui sel-sel yang sihat dalam badan. 

31. Apa beza ESP dengan produk Protein yang lain? 

Ia adalah NON-GMO, tidak diubah secara genetik, tiada kolestrol kerana bersumberkan tumbuhan dan ia dipantau oleh Identitity Preservation Program (IPP) yang mana proses penghasilan dikawal IPP daripada saiz biji benih, fasa menanam, menuai dan sehinggalah ke dalam makmal. 

Sumber soya dibasuh dengan air tidak seperti syarikat lain yang menggunakan alcohol. 

32.Berapa lama nak dapat kesan kulit cantik? 

Kesan ke atas individu adalah berbeza atas faktor umur, tahap kesihatan seseorang dan gaya hidup. 

33. 1 tong berapa lama nak abes? 

Mengambil masa 1 bulan setengah ke 2 bulan. 

34. Apa pantang larang minum ESP? 

Jangan minum ESP Bersama air panas atau air berkafein. 

35. Bolehkah ESP diambil Bersama suplimen lain? 

Boleh, tiada masalah 

36. Apa maksud Non-GMO. 

Soya Non GMO ialah soya yang tidak diubah genetiknya. Bermaksud, kacang soya ini organik dan tidak mempunyai hormon tambahan. Jadi, ia dapat diserap oleh badan dengan sempurna. ESP Shaklee mengangdungi Soya Non-GMO dan ia langsung tidak diubah secara genetik dan ini membezakan soya ESP dengan produk soya lain di luar sana. 

37. Bagaimana isoflavon dalam kacang soya dipercayai menyerupai hormon wanita?
Kerana bentuk molekulnya adalah hampir sama. Akan tetapi, tindak balas yang dilakukan adalah tidak sama kerana estrogen dalam badan mempunyai kuasa dominan jika dibandingkan dengan phytoestrogen daripada sumber tumbuhan. 

38. Soya tidak elok untuk lelaki. Benarkah?
Kajian klinikal yang dibuat ke atas lelaki normal menunjukkan pendedahan soya ke atas lelaki TIDAK MEMPENGARUHI ARAS TESTOSTERON DAN ARAS ESTROGEN ke atas cecair semen lelaki serta ia tidak memberi kesan ‘keperempuanan’ kepada lelaki. 

39. Sebenarnya, bolehkah wanita yang ada masalah Fibroid dan cyst mengamalkan vitamin berasaskan soya seperti ESP? Jika tidak boleh, apakah cadangan terbaik untuk sumber protein mereka?
Untuk wanita yang mempunyai masalah cyst, sebaiknya dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil suplemen. Walaubagaimanapun, soya bukan penyebab kepada masalah cyst.

40. Bolehkah ibu yang menyusu anak G6PD ambil ESP dalam tempoh menyusu tu? Ada kesan sampingan pada bayi?
Ibu yang menyusu anak g6pd mengambil produk berasaskan soya hendaklah mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Tidak digalakkan, kecuali di bawah kebenaran doktor.

41. Orang gout boleh ambil ESP tak?
Boleh 

42. Kanak-kanak boleh consume ESP tak? dan kalau boleh berapa sukatan yg sesuai untuk kanak-kanak?
Tidak digalakkan. Sebaiknya ambil Mealshake. 

43. Pengambilan ESP dikatakan bantu kenyang lebih lama, tapi kenapa ada yang lepas sejam dua dah lapar? Adakah ada kesilapan dlm pengambilan?
Pengambilan ESP adalah 3 sudu besar bersamaan 14gram protein (105kcal). Proses penyerapan protein setiap individu berbeza. Sekitar 5-9gram setiap jam. Jadi dalam masa 3-4 jam sudah berasa lapar jika individu itu hanya minum ESP semata-mata. Dinasihatkan makan pada kalori rendah dan ditambah dengan ESP. 


44. ESP dikatakan bagus untuk pesakit gastrik. kenapa? Adakah ia disebabkan ESP mempunyai unsur kalsium ?
Ya betul. ESP adalah susu yang bersifat alkali. Gastrik adalah kerana keadaan berasid yang tinggi dalam perut. Jadi ESP membantu meneutralkan keadaan berasid dalam perut.



45. Bagaimana ESP dikatakan membantu wanita yang menopause.
Wanita menopause adalah disebabkan oleh level hormone estrogen yang turun secara mendadak. Soya yang mengandungi isoflavons dapat membantu dalam mengawal penurunan hormon ini serta mengekalkan keadaan bertenaga. 

Antara gejala menapouse ibu merasa cepat penat dan lesu.

46. ESP yang sudah expired sebab jarang ambil still boleh consume ke?
Tidak disarankan minum ESP yang telah luput tarikhnya. 



47. Betul ke ESP tak boleh di minum oleh pesakit Cyst disebabkan kandungan soya di dalam ESP?
Soya bukan penyebab kepada penyakit Cyst, tetapi pesakit Cyst hendaklah mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa suplemen.



48. Betul ke ambil ESP berlebihan boleh rosak buah pinggang?
Kerosakan buah pinggang bukan disebabkan oleh faktor pengambilan soya/protein, tetapi daripada pemakanan yang tinggi pengawet atau ubatan lebihan di dalam badan.

49. Siapa yang memang tak boleh ambil ESP?
Tiada spesifik alasan yang menyatakan soya tidak boleh diambil oleh pesakit tertentu, bagaimanapun, sila dapatkan nasihat doktor untuk pesakit yang menghidap kanser, g6pd, thyroid dan sebagainya.

50. Betul ke ambil ESP boleh cerahkan kulit? Berapa lama makan boleh dapatkan kulit yang cerah?
ESP bukan ubat tapi supplement. Ia bertindak untuk bina sel dan apabila sel sihat, maka organ dan sistem badan turut sihat. Selain itu, boleh ambil suplemen seperti vitamin C, E dan Kolagen untuk kulit.
51. Adakah ESP boleh menyebabkan loya, muntah, cirit birit dan demam panas?
Tidak.

52. Bolehkah ESP diambil oleh pesakit yang disyaki denggi?
Boleh. Tiada masalah. Pada masa yang sama, pesakit denggi hendaklah minum air secukupnya. 



53. Bagaimana esp membantu dalam kesuburan lelaki dan wanita 

ESP adalah sumber protein yang sihat. Protein penting dalam penghasilan hormone, secara tidak langsung membantu dalam kesuburan.

54. Pesakit psiorisis perlukah ambil ESP dan apa kebaikannya?
Untuk autoimmune, perlu dapatkan nasihat doktor.

55. Kenapa selepas minum ESP, ada yang membuatkan orang rasa bloated dan naik angin?
Dikhuatiri kurang makan dan kurang air. Banyak faktor lain yang menyebabkan bloated. Sila makan dengan masa yang betul, dan cukupkan pengambilan air kosong.

56. Sekiranya ibu hamil memang ambil ESP dari sebelum hamil, tapi morning sickness membuatkan dia loya dan tak lalu minum ESP lagi, ada cara minum yang sesuai tak?
Minum ESP dengan mencampurkan dengan minuman lain seperti jus buah-buahan.

Saturday, 15 August 2020

Produk Shaklee Halal ke?

Status Halal Shaklee dan Sijil Halal Shaklee 2019/2020.


Betul ke Produk Shaklee Halal?

Sijil Halal Shaklee Halal Certificate 2020 dibawah ini membuktikan produk shaklee adalah disahkan HALAL oleh ISLAMIC SERVICE OF AMERICA (ISA) iaitu satu badan yang mengiktiraf dan mengesahkan produk-produk yang dihasilkan di Amerika adalah halal digunakan oleh umat Islam di Amerika dan seluruh dunia.



Kalau dulu pada packaging produk Shaklee tidak diletakkan logo halal walaupun mempunyai sijil halal. Tapi packaging sekarang alhamdulillah dah ada LOGO HALAL pada botol atau packaging.


LOGO HALAL pada Alfalfa Complex Shaklee.


LOGO HALAL pada Nutriferon Shaklee.

LOGO HALAL pada Ostematrix Shaklee.

Jadi anda lepas ini anda lebih yakin untuk consume produk Shaklee kan.

Mencari Produk Shaklee?



Instagram: noorhayati_abdulrahim

SMS/WhatsApp: 0173737174







Sunday, 26 July 2020

6 Nutrien Penting untuk kekalkan Sendi bergerak bebas.







6 Nutrien penting untuk SENDI bebas bergerak bebas dan TERBUKTI melegakan kesakitan ANDA.




Masalah sakit lutut/sendi sebab kartilaj sudah menipis/haus.

Kartilaj (cartilage) /tulang rawan ini seperti komponen kusyen antara sendi. Dengan adanya kusyen ini, ia membantu kita merasa 'selesa' apabila naik turun tangga, melompat dan aktiviti seangkatan dengannya.

Ia membantu menyerap hentakkan. Selain itu apabila umur semakin bertambah cecair pelincir antara sendi pun akan berkurang dan ia menjadi kering/ radang serta menyakitkan.

 Apa 6 Nutrien yang dicadangkan Shaklee bagi menjaga KESIHATAN SENDI? Jom kita tengok.

1. Ekstrak Boswellia dan Safflower ada dalam produk yang baru sahaja dilancarkan pada  awal Julai baru-baru ini iaitu  Pain Relief Caplet.


  • Ia bantu melegakan kesakitan sendi dan ketidakselesaan otot dengan merencat enzim yang menyumbang kepada rasa sakit.
  • Melindungi kartilaj dengan mengurangkan keradangan sendi yang berpanjangan dan secara tidak langsung melindungi kartilaj sendi daripada terus rosak. 
  • Memulihkan tisu sendi dengan menyokong proses pembaikpulihan tisu, meningkatkan aliran darah ke kawasan sendi yang secara tidak langsung membantu memulihkan tisu sendi yang alami keradangan.

2.  Asid Lemak Omega-3 dalam Omega Guard Shaklee, bertindak sebagai pelincir.


  • Memperlambatkan kemerosotan kartilaj dengan mengawal atur proses normal dalam mengekalkan ketebalan kartilaj pada sendi, untuk pergerakan dan fleksibiliti yang lebih baik.
  • Bertindak sebagai pelincir sendi. Disamakan dengan pelincir dipanggil cecair sinovial yang melembutkan dan melincirkan sendi sehingga membolehkan sendi yang berderit  dan sakit bergerak bebas, MAcam mesin jahit lama tak letak minyak bile kering, gear dia pun taknak gerak, keras dan sakit tangan memusingnya. Sebab tak letak minyak sebagai pelincir.
  • Mengawal keradangan dengan membantu mengurangkan penghasilan penanda radang yang menyebabkan keradangan.

Omega Guard ini bersifat antiradang, jadi ia membantu melegakan keradangan seperti bengkak, kemerahan yang menyakitkan itu.

4. Nutrien ke 4 Protein Soya yang terdapat dalam Energy Soy Protein (ESP) Shaklee.


Protein ni memang bahan asas dalam badan kita. Banyak benda perlukan protein untuk penghasilan enzim, hormon, fungsi badan bergerak dengan optimum. Rambut, kuku kita dari protein juga.

  • Pengambilan protein menyokong pembinaan semula kartilaj iaitu lapisan kusyen pada sendi.
How Cartilage Damage Can Be Treated | Health Plus
  • Protein juga memberikan kekuatan dan sokongan struktur kepada komponen sendi yang lain seperti tendon dan ligamen.
Kalau ada mak ayah sakit lutut, sukar solat boleh bagi ESP sebagai sumber protein.

3. Kolagen memang kite tahu meransang penghasilan tisu yang tegang dan anjal. Jadi ia sangat sesuai dalam membantu meningkatkan kesihatan sendi yang sihat.

  • Kolagen merangsang sintesis kartilaj dengan membina semula kartilaj, memberikan kekuatan dan keanjalan seterusnya menyokong kesihatan sendi.
Tapi kolagen sangat popular untuk mereka yang nak maintain cantik.


5. Kalsium

Kalsium memang kita tahu elok untuk tulang, especially kalau mereka yang tak minum susu. Ini solution terbaik kita telan je Ostematrix.

Saya masa hamil, pantang, menyusu dan sehingga sekarang memang amik ostematrix untuk kesihatan tulang saya yang nak pakai lama ini.

Kite bila umur sudah semakin meningkat, penyerapan kalsium memang akan berkurang, terutamanya mak kite yang dah mengalami menopause memamg kalsium hampir tidak diserap.

Kalsium Shaklee hadir bersama komponen lain sepertin Boron, Magnesium, Boron yang membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang lebih optimum. Berbanding tiada kawan-kawan dia ini, memang kalsium sukar diserap.

Bahan-bahan ini semua terkandung dalam Ostematrix Shaklee.
Ini packaging lama.

6. Polifenol sebagai antioksidan/awet muda yang mana sentiasa menjaga sel kita supaya kelihatan'muda' dan bertenaga.



Polifenol ni ada dalam Vivix Shaklee iaitu produk premium. Ia memamg membantu meningkatkan kesihatan sel sehingga ke part paling dalam iaitu DNA kita.
Sebab itu harganya sangat eksklusif sebab kerja dia pun first class.

Ini antara 6 nutrien yang mampu membantu meingkatkan kesihatan sendi kita.


Jom semua sihat bersama Shaklee, in shaa Allah.

Mencari Produk Shaklee?




SMS/WhatsApp: 0173737174


Instagram: noorhayati_abdulrahim





Tuesday, 30 June 2020

Pengedar Shaklee Melaka




Pengedar Shaklee Alor Gajah, Masjid Tanah, Sungai Udang & Melaka Tengah




Teks: Noorhayati Abdul Rahim


Assalammualaikum, anda sedang mencari pengedar Shaklee berdekatan anda?


Saya Noorhayati Abdul Rahim merupakan Pengedar Shaklee Melaka yang sah & kawasan terdekat Alor Gajah, Masjid Tanah, Sungai Udang dan Melaka Tengah.

Sekiranya anda mencari servis yang cepat & produk Shaklee 'ready stock' in shaa Allah saya boleh membantu anda.

                               


Konsultasi selepas pembelian?

IYA anda layak mendapat KONSULTASI PERCUMA daripada saya sepanjang anda membeli produk Shaklee dengan saya.

Penghantaran ke rumah atau pun Pos?

Saya boleh membuat penghantaran terus ke rumah anda dan sekiranya anda tinggal di luar Melaka perkhidmatan kurier akan saya uruskan untuk anda. Jadi anda tidak perlu risau produk akan  terus sampai ke depan pintu rumah anda.

Mahu lebih JIMAT? Lebih Murah?

Bagi menikmati 20-30% harga lebih jimat anda boleh terus mendaftarkan diri sebagai
AHLI SHAKLEE bagi memperoleh lebih faedah seperti BONUS BULANAN, CAR BONUS dan PERCUTIAN PERCUMA yang ditanggung sepenuhnya oleh Shaklee.

Ingin berdaftar sebagai AHLI----> klik di sini DAFTAR AHLI

Selepas mendaftar KEAHLIAN jangan lupa whatsApp saya semula yer untuk saya bantu anda MENGAKTIFKAN keahlian anda bagi melayakkan anda menerima MEMBERKIT dalam bentuk E-memberkit dengan Yuran RM35 atau secara PERCUMA.


Nak WhatsApp di mana? Klik sahaja 

↓↓↓↓↓↓




Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi saya di Facebook Noorhayati Abdul Rahim dan boleh juga WhatsApp/sms saya di 0173737174.

Boleh juga hubungi agen Shaklee aktif kami

Asnah samsuri (Telok Mas, Serkam, Merlimau)
012- 9401669
Facebook: Asnah Samsuri

Anizai Yahya (Paya Rumput, Rembia)
012-9772719
Facebook: Ani Za

Nur Asyiqin (Cheng, Bukit Rambai, Bertam)
013-3373422
Facebook: Nur Asyiqin

Noor Azmira (Machap, Melaka)
013-3615159

Nurul Syazwana (Besut, Terengganu)

018-2484131
Facebook: Syana Suhaimi

Roshaliza Hambari (Melaka Tengah)
012-2627581
Facebook: Bunga Di Telinga


Jom semua sihat bersama Shaklee, in shaa Allah.


Mencari Produk Shaklee?


SMS/WhatsApp: 0173737174

Instagram: shakleemelaka_by_yatty

ESP Shaklee dan kebaikannya

Teks: Noorhayati Abdul Rahim



ESP adalah produk pertama dalam Shaklee yang saya cuba masa tahun 2012 asbab hamil anak 

nombor 2. Masa anak pertama saya alami diabetes di hujung kehamilan. Jadi saya ambik ESP masa 

hujung kehamilan  anak kedua untuk kawal gula dalam darah. Protein kan bahan asas untuk hormon 

dalam badan. Selain itu saya juga ambil asbab saya tidak suka minum susu. Saya perlukan alternatif 

lain sebagai sumber kalsium.



Kenapa Shaklee memilih produk proteinnya daripada tumbuhan bukan daripada haiwan?

Sumber protein daripada haiwan seperti

👉daging

👉tenusu

👉ikan

👉telur

Sebab Protein bersumberkan haiwan berisiko tinggi mengandungi bahan kimia:



Lihat contoh gambar yang saya attach. Berbanding tahun 1957 dan 2005 saiz seekor ayam memang 

sangat-sangat berbeza iaitu lebih gemuk dan berdaging.

Kenapa yer jadi camtu?

 Sebab ayam ini:

👉Disuntik dengan hormon pertumbuhan supaya ayam ini membesar dengan lebih cepat walhal 

ayam ini sebenarnya belum matang

👉 Disuntik bagi tambah daging supaya penjual memperolehi keuntungan berganda. Semakin berat 

ayam semakin masyuk pendapatan merekakan.

👉Disuntik dengan antibiotik bagi mengelakkan ayam ini mudah terdedah kepada penyakit

👉Protein haiwan juga tinggi kandungan lemak dan Kolestrol yang meningkatkan risiko kepada 

penyakit jantung, hati dan sebagainya.

Jadi ayam zaman sekarang mengalami pelbagai suntikan, dan kita pula hari-hari makan ayam yang 

terkandung hormon-hormon suntikan ini.
Ok semua dah tahu kan kenapa Protein Haiwan bukan sebagai pilihan Shaklee?

Shaklee akan pilih semua sumber terbaik dan berkualiti. Pengganti kepada Protein Haiwan adalah 

Protein Tumbuhan. Protein Tumbuhan itu mesti lengkap untuk keperluan badan kita


Shaklee memilih soya sebagai Protein tumbuhannya kerana ia mengandungi 9 jenis amino asid perlu

yang mana kualitinya sama dengan kualiti Protein Haiwan. Asid amino ini adalah bahan asas protein.

Macam kita nak bina rumah, bahan asasnya batu bata. Daripada asid amino, bentuk sel, organ dan 

fungsi badan kita. Hormon dalam badan yang mengawal banyak fungsi badan, bahan asasnya adalah

asid amino.


Asid amino ni ada 2 jenis:

1. Essential Amino Acid- yang badan kita tak mampu hasilkan sendiri dan perlu diambil daripada diet dan pemakanan kita

2. Non essential Amino Acid- badan boleh hasilkan sendiri

Jadi sekarang Protein Soya mampu membekalkan kita dengan 9 asid amino perlu (essential) ini.

Sumber Protein yang kita makan ia akan dihadamkan, yang perlu diambil untuk bina sel baru, protein

baru dan maintenance tisu badan. Yang tidak perlu ditapis keluar.


Protein soya tidak mengandungi Kolestrol dan sudah tentu mengurangkan risiko kepada penyakit 

jantung, hati dan sebagainya. Yang bestnya Protein Tumbuhan bersumberkan soya ini ada Isoflavone

yang tidak terdapat dalam Protein haiwan.

Isoflavones ini sejenis hormon yang membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah osteoporosis

dan sakit jantung.
Ok seterusnya kita pergi kepada KEBAIKAN PROTEIN SOYA.

Kalau kita belajar Sains masa zaman sekolah dulu, kita pasti tahu bagaimana kumpulan ASID

 AMINO membentuk PROTEIN, kemudian SEL diikuti ORGAN dan akhirnya SISTEM.

Contoh sistem penghadaman, sistem pembiakan dan sistem perkumuhan.

Sebab itu Protein ini paling penting untuk kita kekal hidup sihat, cantik dan bertenaga. Proteinlah

asas bagi semua sistem badan kita.  Kita perlu ambil 9 jenis asid amino daripada diet/ pemakanan

bagi memperolehi keperluan yang cukup untuk badan berfungsi dengan baik.


Pengambilan protein yang cukup membantu dalam pembinaan otot badan yang lebih 'fit' dan mantap.

Lelaki suka kalau dapat badan 6 pax manakala wanita terutamanya yang pernah melahirkan anak 

memang mengidamkan perut yang tidak menggeleber dalam masa yang sama fungsi badan pada

tahap yang optimum in shaa Allah.

Kekurangan protein menyebabkan rambut jadi bercabang, rapuh dan kering. Sama jugak pada kuku 

akan mudah patah dan rapuh. Ibu berpantang kerap alami keguguran rambut kerana perubahan 

hormon dan sekali lagi bahan asas hormon adalah asid amino.

Dengan pengambilan protein soya rambut dan kuku menjadi lebih sihat, kukuh, tebal dan cantik.

Kulit kita memerlukan protein setiap hari untuk sel kulit diperbaharui dan sel-sel kulit mati 

disingkirkan. Protein yang cukup ini membantu menjadikan kulit kita lebih cantik, sihat, gebu dan 

halus mulus. Ini kerana sel-sel kulit yang mati tadi diganti dengan sel-sel kulit yang baru dan sihat in

shaa Allah.

Ia membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, kekal bertenaga , mencegah migrain , 

insomnia dan tekanan.


Ini yang saya bagitahu tadi, fungsi Isoflavone yang tiada dalam protein haiwan.

Selain itu, 

❤️Isoflavone ini berfungsi bagi mengurangkan risiko kanser payudara dan prostat

❤️Melegakan gejala Menapouse seperti keletihan

Walaupun Isoflavon Ada sedikit fungsi menghasilkan Estrogen tetapi Estrogen ini tidak mampu 

menjalankan fungsi sepertimana Estrogen bekerja dalam badan kita. Ia langsung tidak mengganggu 

fungsi Estrogen yang ada. Estrogen yang terhasil ini sebenarnya membantu mengimbangi hormon 

dalam badan dan membantu mengurangkan risiko kanser yang saya nyatakan tadi.


Manfaat Protein Soya ini juga pada kesihatan jantung dengan cara menurunkan paras LDL kolestrol 

dalam badan kita. LDL ni kolestrol jahat, kita tak nak dia tinggal dalam badan kita.


Membantu menurun kadar LDL kolestrol or kolestrol sekaligus menyihatkan salur darah darah atau 

arteri kita secara tidak langsung mengurangkan risiko pada penyakit jantung dan stroke.




Bagi ibu hamil dan selepas bersalin keperluan protein amatla penting untuk menyokong pertumbuhan

bayi yang sihat. Bayi dari embrio ke fetus -40 minggu memerlukan keperluan protein yang lengkap 

untuk penghasilan organ,sel-sel dan tulang. Untuk ibu selepas bersalin juga memerlukan protein yang

lengkap bagi penghasilan susu ibu, antibodi dan nutrisi untuk perkembangan bayi yang sihat. Protein

membantu penyembuhan luka bersalin dengan cepat. Badan juga energetik walaupun berpantang.

Kalau ambil ESP susu ibu lebih pekat, bayi akan merasa kenyang dengan lebih lama.

Tetapi ESP bukan hanya untuk ibu hamil dan menyusu tetapi boleh diamalkan oleh warga emas, 

lelaki, suami dan anak remaja

Suami saya amalkan asbab sakit pinggang pernah jatuh terhentak sebelum kahwin, 

Alhamdulillah dengan izin Allah selepas amalkan ESP dan Ostematrix (kalsium) sakit pinggang 

hilang.

Ibu saya sendiri amalkan untuk tenaga. Yalah wanita yang menghampiri atau telah alami menapouse 

badan akan cepat letih.

Soya mengandungi Genistein yang berupaya mengekang pertumbuhan dan sel kanser daripada 

merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam badan. Radikal bebas ni yang mengaktifkan sel 

kanser.


Protein soya meningkatkan kualiti memori.

Ok itu sahaja 8 kebaikan apabila anda memilih Protein soya secara umum atau ESP Shaklee secara 

khususnya.

Mencari Produk Shaklee?




SMS/WhatsApp: 0173737174


Instagram: shakleemelaka_by_yatty



Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...